Sign in
twitter
rss

الحيوانات

Mari bernasyid







Latihan sila download disini.

http://www.scribd.com/fullscreen/78642876?access_key=key-2luykx61jy2pbud9j2hu






SELAMAT MENCUBA..!!



  Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan kita, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Diantara kata-kata appresiasi para sahabat ialah:

  1. Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya. Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
  2. Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
  3. Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
  4. Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
  5. Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona.
  6. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  7. Wajahnya seperti bulan purnama.
  8. Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  9. Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  10. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  11. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  12. Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  13. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  14. Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya..
  15. Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  16. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
  17. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  18. Rambutnya sedikit ikal.
  19. Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
  20. Rambutnya terbelah di tengah.
  21. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  22. Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
  23. Seimbang antara kedua bahunya.
  24. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
  25. Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
  26. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  27. Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
  28. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan.
  29. Warna kulitnya putih tapi sehat.
  30. Kulitnya putih lagi bercahaya.
  31. Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  32. Badannya tidak gemuk.
  33. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
  34. Perutnya tidak buncit.
  35. Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.
  36. Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.

   Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi.
Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang
zaman.

MORAL & IKTIBAR

  • Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
  • Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
  • Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
  • Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
  • Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.

 

 

بـسم الله الرحمن الرحيم

اِسْم اِسْـتِـفـْهَـا م Ism istifham ( Kata tanya )


1.مَـنْ / مَـنْ ذَا man/ man zaa = siapa ( menanyakan benda yang berakal )


2. مَـا / مـَا ذَا maa/maazaa = apa ( menanyakan benda yang tidak berakal )


3. مـَتـَى mataa = bila ( menanyakan waktu )


4.اَيـَّا ن ayyaana = bila ( menanyakan waktu untuk perkara yang besar )


5.لـِمـَا ذَا limaza = kenapa ( menanyakan sebab )


6. اَيـْن aina = di mana ( menanyakan tempat )


7. اَنـَّى annaa = bagaimana, juga kadang-kadang bermaksud bila.


8. كـَيـْف kaifa = bagaimana ( menanyakan cara )


9. كـَم kam = berapa ( menanyakan bilangan atau harga )


10. اَي ayyu = meminta penjelasan atau menanyakan pilihan


11.اَ a = adakah ( meminta kepastian )


12.هـَل hal = adakah ( meminta kepastian )


اَ dan هـَل bukanlah golongan ism tetapi tergolong dalam harf ( rujuk siri 1 ), tetapi kedua-duanya merupakan kata tanya, dimasukkan sekali.


Contoh Penggunaan dalam Quran.
BARANG SIAPA meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan menggandakannya baginya, dan baginya juga ganjaran yang mulia. ( al-Hadid : 11 )



Mereka menanyakanmu ( Muhammad ) tentang Hari Kiamat,”BILAKAH terjadi?”. Katakanlah, “Sesungguhnya pengetahuan tentangnya itu ada pada Tuhanku, tidak ada yang dapat menjelaskan waktu terjadinya selain Dia”… (al-A’raaf : 187 )



Hari Kiamat. Apakah Hari Kiamat? ( al-Qari’ah : 1-2 )



…Mereka ditimpa kemelaratan , penderitaan dan digoncang ( dengan pelbagai cubaan ) sehinggaRasul dan orang-orang yang beiman bersamanya berkata,”BILAKAH pertolongan Allah?” Sesungguhnya peringatan Allah itu dekat. (al-Baqarah : 214 )



ADAKAH kau telah melihat orang yang mendustakan agama ( al-Ma’un : 1 )

Wallahu a’lam.


Ghanne Ma'an

 

 
 
 
 
Takrif solat:
Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksudbeberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiridengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu. Firman Allah swt:
“Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan”.


Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitusubuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'.

Syarat wajib solat:  
                     1Islam 
           2. Baligh
           3.  Berakal

Syarat sah solat:
1. Suci badan dari dua hadas.
2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan dipakaiannya.
3. Menutup aurat.
4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5. Yakin masuk waktu solat.
(Sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut diatas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangisolat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)





Perkara-perkara yang membatalkan solat:
1. Keluar/kedatangan hadas.
2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa.
3. Makan/minum walau sedikit.
4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
     6. Terkena najis yang tidak dimaafkan.
7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja.
8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segeraditutup.
9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10. Meninggalkan rukun solat.

Waktu-waktu Solat Fardhu:
 Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut:
        1. Solat Subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbitmatahari. Masa yang diperuntukkan      
            kira-kira 2 jam.
        2. Solat Zuhur - bermula selepas matahari mulai condong daripadapuncaknya sehingga bayang melebihi  
            separuh panjangnya.
        3. Solat Asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalahmatahari terbenam.
        4. Solat Maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang megamerah di ufuk barat.
        5. Solat Isya' - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang danberterusan sehingga terbit fajar pada  
            hari keesokannya.

Perbuatan sunat sebelum solat:
       1. Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentuuntuk memaklumkan kepada
           orang ramai tentang masuknya waktu solatfardu.
       2. Iqamah.
       3. Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.

Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:
1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari.
2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.
3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.
4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.
5. Ketika masuk matahari